Kembali
GuardNow

Terma & Syarat

Sila baca terma berikut sebelum menggunakan platform GuardNow.

1. Tentang Platform

GuardNow adalah platform perantara teknologi sahaja yang menghubungkan syarikat keselamatan dengan pengawal keselamatan sambilan di Malaysia.

GuardNow bukan sebuah syarikat keselamatan, tidak mengambil pengawal sebagai pekerja, dan tidak menyediakan perkhidmatan keselamatan secara langsung. Hubungan kerja terjalin di antara syarikat dan pengawal sahaja.

2. Polisi Pembatalan Pengawal

  • Batalkan 24 jam atau lebih awal — tiada penalti.
  • Batalkan kurang daripada 24 jam — reliability score ditolak 0.5.
  • Batalkan kurang daripada 2 jam — reliability score ditolak 1.0.
  • No-show (tidak hadir tanpa pemberitahuan) — reliability score ditolak 2.0.

3. Polisi Pembatalan Syarikat

  • Batalkan 24 jam atau lebih awal — tiada caj.
  • Batalkan kurang daripada 24 jam — syarikat perlu bayar 25% pampasan kepada pengawal.
  • Batalkan kurang daripada 2 jam — syarikat perlu bayar 50% pampasan.
  • Pembatalan selepas pengawal clock-in — syarikat perlu bayar 100% bayaran penuh.

4. Servis Caj

Caj perkhidmatan sebanyak 5% dikenakan kepada syarikat sahaja bagi setiap syif yang berjaya. Caj ini tidak ditolak daripada gaji pengawal — pengawal menerima bayaran penuh seperti yang dipersetujui.

5. Privasi Data

GuardNow mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010. Data peribadi anda hanya digunakan untuk tujuan operasi platform dan tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda.

Nombor Kad Pengenalan (IC) tidak disimpan di dalam platform. Pengesahan identiti dibuat secara berasingan dan hanya hasil pengesahan disimpan.

6. Had Liabiliti

GuardNow tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan, kerugian, atau kerosakan yang berlaku semasa pengawal bertugas. Liabiliti tersebut ditanggung oleh syarikat dan/atau pengawal mengikut perjanjian kerja mereka.

Pengguna platform digalakkan untuk mempunyai insurans yang bersesuaian.

Dengan menggunakan GuardNow, anda bersetuju dengan terma-terma di atas.